Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke blog saya ini.
Terlebih dahulu, biar saya kenalkan diri saya.
Nama saya Haizal atau boleh juga panggil saya “Abang Long”.
Mungkin ada yang pernah terserempak dengan posting dari saya dari blog yang terdahulu. Seingat saya, saya mula ber’blogging’ sejak tahun 2009, menulis bekenaan bolasepak dan topik lain yang menarik minat saya.
Fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai saya.
- Seorang graduan bidang IT dan berkerja di sebuah bank sekarang ini.
- Sudah berkahwin dan dah ada sepasang cahaya mata yang comel.
- Peminat kelab bolasepak Liverpool FC, sejak dari 1990, hopefully dapat jejak kaki ke Anfield satu hari nanti.
- Mempunyai tumpuan tajam dan bijak menganalisis taktikal dan perlawanan bolasepak, angan-angan nak jadi pengulas bola di TV satu hari nanti.
- ‘Financial freedom’ dan ‘be your own boss’ adalah sasaran terdekat saya. In Sha Allah!!
Perkara yang ada boleh dapati di blog ini.
- Sudah pastinya berkenaan bola!! Saya bukan wartawan tapi saya cuma banyak baca apa yang orang tulis, saya tak main bola, tapi saya tahu bagaimana nak main bola.
- Tips-tips menarik berkenaan “fantasy football” – penain pilihan, perlawanan tumpuan dan lain-lain.
- Topik menarik semasa dan pandangan saya (strictly un-biased opinion).
- Kedai Online – pelbagai produk dan servis menarik yang ada mungkin perlukan. Harga kawan-kawan, jangan risau.
Sekian dan jumpa lagi,
Leave a Reply