Alzheimer’s adalah satu penyakit yang biasa dijumpai dan dikenalpasti bagi orang mengalami simptom “dementia” (atau sindrom pelupa). Penyakit ini boleh menyebabkan kematian dan antara penyebab kematian tertinggi dalam sesetengah negara. Dijangkakan pengidap penyakit ini akan meningkat sebanyak 3 kali ganda menjelang tahun 2050.
Bulan September adalah sebenarnya bulan Alzheimer sedunia manakala 21 September pula diisytiharkan sebagai hari Alzheimer sedunia. Mungkin ramai yang tak tahu, tapi tak mengapa, anda bukan keseorangan.
Bagi mengurangkan risiko Alzheimer dan memperlahankan penurunan daya ingatan kognitif kita (semasa kita semakin tua), ada beberapa jenis aktiviti yang boleh kita amalkan.
Senaman
Tak kisah lah apa sahaja senaman yang anda buat, berjalan kaki, menari mahupun berkebun; ada 2 kajian yang dikeluarkan pada awal tahun 2016, mengesahkan yang apa sahaja senaman secara tak langsung menyumbang kebaikan kepada kesihatan minda. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan risiko menghidapi Alzheimer sehingga 50 peratus.
Kajian yang dilakukan oleh pasukan pengkaji dari UCLA, Carlifornia, mendapati yang aktiviti fizikal dapat meningkatkan saiz otak (brain volume), terutamanya kepada yang berusia 75 tahun ke atas. Jadi sekiranya anda berusia lewat, adalah baik sekiranya anda “menceburi” diri dan lebih aktif dalam aktiviti fizikal.
Yoga
Ok, peringatan terlebih dahulu: aktiviti yoga diharamkan dalam Islam, jika ianya melibatkan unsur-unsur kepercayaan dan perlakuan yang menyekutukan Allah. Bagi yang beragama Islam, apa yang anda boleh kita amalkan adalah posisi senaman yoga yang dapat memberi faedah kepada fizikal kita.
Bagi yang lain, senaman yoga disyorkan untuk dilakukan selain dari aktiviti melibatkan kardio.
Kajian skala kecil yang dilakukan oleh pengkaji dari UCLA dan University of Adelaide, mendapati peserta yang menyertai “Kundalini yoga” dan melakukan 20 minit meditasi setiap hari, menunjukkan peningkatan yang lebih baik dalam skill memori “visual-spatial”, yang membantu dalam mengingat tempat dan mencari jalan ke lokasi, dari mereka yang mengikuti kelas latihan meningkatkan memori serta yang melakukan senaman memori setiap hari.
Didapati juga, mereka yang melakukan yoga dan meditasi berkumpulan, menunjukkan peningkatan yang lebih besar dalam mengawal perasaan, tekanan dan stress. Mereka juga lebih sukar untuk terjebak dalam masalah emosi.
Angkat Berat (Weightlifting)
Walaupun tak banyak kajian dibuat mengenai aktiviti ini, ada kajian dari Kanada mendapati yang angkat berat 2 kali seminggu membantu dalam kesihatan otak/minda.
Pasukan pengkaji melihat kesan latihan angkat berat kepada “white matter” dalam otak, yang mudah mengalami “lesions (holes)” dalam masa usia meningkat, yang menyebabkan masalah dalam memori dan skill berfikir.
Keputusan kajian mendapati mereka yang melakukan senaman imbangan dan regangan atau senaman melibatkan angkat berat sekurangnya sekali seminggu, menunjukkan peningkatan signifikan dalam “lesions”. Bagaimanapun, bagi mereka yang buat latihan 2 kali seminggu, mereka menunjukkan kurang pengecutan dalam “white matter” mereka, membuktikan tanda aras minimum untuk mendapatkan kesan positif dan terbaik dalam senaman angkat berat adalah dengan melakukan latihan sekurangnya 2 kali seminggu.
— Diolah dari artikel di Malay Mail Online.
Leave a Reply